Selain memperkenalkan realme GT 5G buat pasaran global, mereka juga membuat kejutan dengan mengumumkan dua peranti baharu yang akan dilancarkan pada masa hadapan.

Peranti yang dimaksudkan itu adalah realme Book dan realme Pad yang seperti diketahui, ia adalah komputer riba serta tablet pertama daripada realme.

Bagi tablet realme Pad, tidak banyak yang diperkatakan selain gambar acah sahaja. Malah, realme Book juga masih lagi dalam bentuk prototaip.

Namun, apa yang menariknya, peminat realme boleh mengetengahkan idea-idea menarik yang ingin diguna pada komputer riba tersebut. Kedua-dua peranti ini dijangka akan hadir dalam beberapa bulan dari sekarang.

Baca juga – realme GT 5G Akhirnya Rasmi Buat Pasaran Global