Pada acara Camera Innovation yang berlangsung hari ini, realme telah memperkenalkan teknologi kamera 108MP menjelang pelancaran siri realme 8.
Sensor kamera 108MP ini menggunakan Samsung ISOCELL HM2 dengan teknologi 9 dalam 1 pixel binning. Melalui teknologi ini, ia menggabungkan 9 piksel kecil kepada satu piksel besar bagi meningkatkan kualiti imej dalam keadaan pencahayaan yang rendah.
Selain itu, ISOCELL HM2 juga menggunakan sensor 1/1.52″ dengan 0.7 μm saiz piksel dan autofokus Super-PD. Sensor ini boleh merakam gambar sehingga resolusi 12000 x 9000 serta menyokong rakaman video sehingga 4K@120fps.
Dalam pada itu, realme turut membangunkan ciri In-sensor Zoom yang berasaskan sensor kamera ISOCELL HM2, di mana ia membolehkan pengguna untuk merakam imej dengan jelas walaupun dengan 3x mod zum.
Dengan menggunakan teknologi kamera terbaru ini, realme 8 Pro akan hadir bersama sejumlah naik taraf perisian dan perkakasan berbanding generasi sebelumnya. Antaranya termasuk sensor kamera 108MP, Starry Mode, Tilt-Shift dan kesan khas baharu bagi gambar Portrait.
Untuk Starry Mode generasi kedua, ia membolehkan algoritma video time-lapse merakam 15 gambar dalam masa 4 minit dan menggabungkannya menjadi satu gambar atau video time-lapse 30fps.
Akhir sekali, realme turut memperlihatkan rekaan realme 8 Pro dengan tetapan empat lensa yang dimuatkan pada modul kamera berbentuk segi empat.
Sudah tentu, lebih banyak maklumat mengenai siri realme 8 akan diumumkan menjelang pelancaran tidak lama lagi.
Sumber: realme