Adakah anda “Team realme” atau “Team Xiaomi”?

Umum mengetahui realme bakal memperkenalkan realme Pad tidak lama lagi. Sekali gus memberi saingan terhadap tablet Xiaomi.

Khabar angin terbaru mengatakan realme Pad merupakan hanyalah tablet berkelas pertengahan kerana dilaporkan ia hadir dengan cip MediaTek Helio G80 berbanding desas-desus sebelum ini menyatakan cip Snapdragon 870.

Pun begitu, ia memberikan petanda tablet tersebut adalah lebih mampu milik memandangkan siri Mi Pad 5 di China dijual dengan harga bermula ~RM1630. Jadi, realme Pad mungkin lebih rendah daripada itu.

Sementara itu, antara spesifikasi yang dikatakan sudah pasti adalah skrin 10.4 inci OLED 60Hz, bateri 7100mAh, 4 pembesar suara serta kamera 8MP belakang dan 8MP swafoto.

Sekiranya benar, mengapa realme tidak menggunakan cip MediaTek Kompanio 1300T yang mana ia dicipta khusus untuk tablet dan pertama digunapakai HONOR Tab V7? Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi.

Sumber: yabhishekhd, sudhanshu1414

Baca juga: