Selepas pelancaran komputer riba pertama, realme kini semakin menghampiri dalam menyertai pasaran tablet dengan memperlihatkan sedikit rupa bentuk realme Pad.

Menurut laporan realmetimes, realme dijangka bakal mengadakan acara pada minggu hadapan yang mana antara produk yang akan diperkenalkan adalah termasuk realme Pad, realme 8i, realme 8s dan lain-lain.

Berbalik pada realme Pad, mereka memfokuskan peranti tersebut mudah dibawa serta digunakan dengan menampilkan rekaan yang nipis dan ringan.

Berdasarkan laporan sebelum ini, ia akan dikuasakan cip pemproses MediaTek Helio G80 bersama-sama skrin 10.4 inci OLED, bateri 7000mAh, 4 pembesar suara serta kamera belakang dan hadapan 8MP.

Sumber: madhavsheth1

Baca juga: