realme sebentar tadi memperluaskan lagi ekosistem AIoTmereka dengan strategi 1+5+T. 1 membawa maksud telefon pintar, 5 pula merangkumi pad, komputer riba, TV, wearables serta fon telinga dan T pula platform ekosistem – TechLife.

Selain telefon pintar realme 8s dan realme 8i, mereka akhirnya memperkenalkan tablet pertama, iaitu realme Pad. Tablet ini hadir dengan rekaan 6.9mm ketebalan dan berat sekitar 440g. realme berkata, rekaan sebegini mudah untuk digunakan di mana-mana sahaja walaupun hanya menggunakan sebelah tangan.

realme Pad menampilkan tubuh daripada aloi aluminium dengan dua pilihan warna – Real Grey dan Real Gold. Ia dilengkapi skrin berukuran 10.4 inci IPS LCD dengan paparan WUXGA+ (2000×1200). Paparannya turut menyokong beberapa mod seperti Reading, Night, Dark dan Sunlight.

Selain itu, terbina juga empat pembesar suara Dolby Atmos yang diperakui Hi-res audio dan dibekalkan bateri berkapasiti 7100mAh yang menyokong pengecasan 18W serta pengecasan berbalik (reverse charging).

Di dalam, realme Pad didatangkan cip pemprosesan Helio G80, memori sehingga 4GB dan storan hingga 64GB. Ia mempunyai varian WiFi atau 4G+WiFi.

Antara lainnya adalah kamera swafoto 8MP, dwi-mikrofon serta realme UI for Pad yang berasaskan Android 11.

realme Pad diletakkan pada tanda harga bermula Rs13999 (~RM789) untuk varian 3+32GB WiFi, Rs15999 (~RM900) bagi varian 3+32GB 4G LTE+WiFi dan Rs17999 (~RM1015) varian 4+64GB 4G LTE+WiFi.

Baca juga: