Pembangun telefon pintar realme berkemungkinan besar akan memperkenalkan peranti boleh lipat pertama mereka tidak lama lagi.
Timbalan Presiden realme, Madhav Sheth telah berkongsikan ciapan yang di dalamnya mengusik kita akan pilihan antara realmeFlip atau realme Fold.
What do you want next… #realmeFlip or #realmeFold?
— Madhav Sheth (@MadhavSheth1) March 9, 2023
Di sebabkan ciapan itu datangnya daripada pengurusan atasan realme, kita mungkin bleh agak peranti boleh lipat itu sedang berada di fasa pertengahan pembangunannya.
{suggest}
Berdasarkan nama-nama peranti yang disebutkan Madhav itu, kita boleh mengagakkan peranti boleh lipat pertama realme itu hadir dalam binaan seperti Galaxy Z Flip4 atau Z Fold4.
Sumber: Madhav Sheth
Gambar utama: Smartprix