Pada awal bulan yang lalu, realme Watch S secara rasminya dilancarkan di Malaysia dengan harga RM369. Terbaru, syarikat tersebut mengacah versi Pro bagi jam pintar ini dalam satu video acah yang menampilkan selebriti Shraddha Kapoor.

Berdasarkan video tersebut, Shradda Kapoor menunjukkan jam pintar baharu daripada realme tetapi tiada spesifikasi penuh didedahkan.

Namun, Madhav Sheth, Ketua Pegawai Eksekutif realme India dan Eropah telah memperlihatkan prototaip Watch S Pro dimana ia masih hadir dengan rekaan bulat dengan tali jam berbeza.

Walau bagaimanapun, realme Watch S Pro dijangka akan mempunyai spesifikasi yang sama dengan versi sebelum ini tetapi dengan paparan AMOLED, sensor SpO2 serta tambahan bateri 420mAh dan GPS yang terbina di dalam.

realme Watch S Pro mungkin akan dilancarkan di pasaran India dahulu dengan harga sekitar AS$130-AS$150 (~RM526-RM607).

Sumber: 1, 2, 3, 4