Kisah mengenai adik Umar Al Khattab mula mendapat perhatian ramai bulan lalu, apabila salah seorang pengguna Shopee berkongsi pengalaman ‘ditipu’ sewaktu membeli barangan di platform beli-belah tersebut.

Namun diselidik lebih mendalam, rupa-rupanya peniaga itu merupakan si cilik yang baru berjinak-jinak dengan platform jualan tersebut.

Walaupun baru hanya berusia 11 tahun, Umar mengambil inisiatif berniaga di Shopee bagi mencari dana untuk membeli telefon baharu. Ini kerana Umar perlu berkongsi peranti bersama adik-beradiknya untuk menjalani sesi PdPR.

Tindakan tersebut mengagumkan ramai pihak dan lanjutan daripada itu, realme Malaysia turut tampil memberikan realme 8 Pro kepada Umar.

Ia adalah sebagai tanda sokongan dan pihak realme Malaysia turut terharu dengan kisah Umar yang perlu berkongsi peranti dengan adik-beradiknya yang lain.

Sumber: Siaran Akhbar realme Malaysia

 

Kedai rasmi realme Malaysia;
Shopee:
https://invol.co/cl5m7xz
Lazada:
https://invol.co/cl5m7yj