realme baru sahaja melancarkan sistem pengecasan magnetik tanpa wayar yang digelar MagDart dimana ia pertama dalam mana-mana peranti Android.

MagDart ini mirip sekali dengan MagSafe dari Apple. Cumanya, pengecasannya jauh lebih laju berbanding yang ditawarkan Apple. MagDart ini mampu mengecas sehingga 50W. Sebagai perbandingan, Apple MagSafe hanya 15W.

realme turut mendakwa MagDart 50W ini mampu mengecas penuh peranti dengan bateri 4500mAh dalam hanya 54 minit. Ia adalah hampir sama kelajuannya dengan pengecasan berwayar.

Sekiranya anda tertanya-tanya mengapa ada lubang pada MagDart 50W ini, ia sememangnya direka sebagai sistem penyejukan bagi memaksimumkan prestasinya.

Selain itu, realme juga mempunyai MagDart 15W yang mana ia lebih nipis berbanding MagSafe. Biarpun kelajuan mereka sama, 15W tetapi realme mendakwa MagDart 15W boleh mengecas penuh peranti 4500mAh dalam hanya 121 minit.

Tidak cukup dengan itu, realme turut menawarkan MagDart Power Bank yang seperti diketahui, sama seperti MagSafe Battery Pack yang baru sahaja diperkenalkan Apple.

Tambahan lagi, MagDart Wallet dan MagDart Beauty Light Case turut diumumkan. Bagaimanapun, buat masa sekarang aksesori MagDart ini belum ada harga rasmi dan hanya boleh digunakan pada realme GT sahaja dimana terdapat kerangka (case) khusus dibuat untuknya.

Telefon realme Flash itu sebenarnya hanyalah sebuah peranti konsep dan mungkin mereka akan melancarkan telefon sebegitu pada masa akan datang.

Sumber: madhavsheth

Baca juga artikel berkaitan: