Seperti yang diketahui sebelum ini, realme akan melancarkan telefon pintar dengan janaan cip Snapdragon 888 pada suku pertama tahun hadapan. Terbaru, realme kini mengesahkan telefon pertama dari jenama itu akan dinamakan sebagai realme Koi.

Nama ikan Koi dipilih berikutan ia mempunyai simbol tuah dalam kepercayaan budaya China dan Jepun. Ikan ini juga dikenali dengan corak dan warna yang cantik. Dengan itu, realme Koi ini dijangka hadir dengan rekaan yang menarik serta pelbagai warna cerah.

realme Koi

Terdahulu, realme menyatakan peranti dengan kod nama Race akan dilancarkan dengan Snapdragon 888. Boleh dikatakan dengan pengesahan realme baru-baru ini, realme Koi adalah peranti dengan kod nama realme Race yang mempunyai nombor model RMX2022.

Buat masa ini, realme belum lagi mendedahkan maklumat lanjut mengenai rekaan peranti. Syarikat itu dijangka berkongsi lebih banyak mengenainya melalui akaun khas realme koi di Weibo.

Sumber: Weibo via GizmoChina