Hasil kerjasama dengan Counterpoint Research, realme hari ini mengeluarkan laporan bertajuk “Making 5G Global: Accessibility for All”.

Laporan ini membincangkan tentang penggunaan dan perubahan trend 5G, serta pasaran 5G secara global oleh realme.

Selain itu, ia turut menyatakan satu daripada dua telefon pintar yang dijual secara global menjelang akhir tahun 2022 akan disokong 5G.

Baca juga – realme Sasar Perkenal Lebih Dari 20 Peranti 5G Menjelang 2022

Menurut laporan tersebut, realme merupakan jenama yang paling pesat berkembang dalam pasaran telefon pintar 5G secara global pada tahun 2020.

Baca juga – realme 8 5G – Mahu Cip 5G Harga Murah? Pengorbanan Perlu Dibuat

realme menjadi satu daripada 10 penjual telefon pintar 5G tertinggi pada suku pertama 2020 menerusi barisan peranti pertengahan.

Rekaan dan prestasi peranti adalah antara faktor penting untuk menambat hati pengguna muda ketika memilih peranti 5G.

Dalam pada itu, CEO realme, Sky Li berkata mereka akan mengeluarkan lebih banyak pilihan peranti 5G dituruti dengan harga mampu milik.

Malahan, realme komited untuk terus mempopularkan 5G menggunakan pasaran mereka yang semakin meluas serta peranti 5G mereka yang pelbagai.

Baca juga – realme Narzo 30 – Satu Lagi Telefon “Gaming” Untuk ‘BBNU’

Jika berminat, anda boleh dapatkan laporan penuh di sini.

Sumber: siaran akhbar realme