Suatu ketika dahulu sekitar 2010 ia dikenali sebagai OPPO Real, sub-jenama bagi OPPO. Namun kini, siapa sangka realme sudah berdiri teguh melakar sejarah yang tersendiri.

Satu demi satu kejayaan dicapai dan yang terbaru, pengeluar itu mencatat rekod sebagai jenama paling pantas mencapai 100 juta jualan telefon pintar secara global. Hanya mengambil masa kurang daripada 40 bulan untuk mendapatkan angka tersebut.

Menurut laporan daripada Strategy Analytics, realme juga merupakan jenama yang paling pantas meningkat naik dalam pasaran telefon pintar seluruh dunia bagi suku kedua tahun 2021. Ini adalah berdasarkan pertumbuhan tahun-ke-tahun pada kadar 149%, menurut IDC.

Jika dibandingkan dengan pesaing yang lain, realme hanyalah setahun jagung dimana ia ditubuhkan secara rasmi pada 2018. Walaupun begitu, syarikat tersebut sudah berada didalam kelas 7 pengeluar terbesar telefon pintar merangkumi pasaran di 61 buah negara.

Melihat kepada perkembangan sihat ini, Ketua Pegawai Eksekutif realme, Sky Li menyasarkan misi dwi 100 juta. Ia merupakan sasaran 100 juta jualan telefon pintar pada penghujung 2022 serta pada kalendar tahun berikutnya.

Sumber: Siaran Akhbar realme