Jenama telefon pintar yang semakin naik, realme bakal melancarkan siri GT Neo5 yang baharu pada 9 Februari ini di China. Maklumat itu telah diumumkan melalui satu video teaser berdurasi 8 saat dan memaparkan grafik LED berwarna ungu.
Sistem Bateri Dan Pengecasan Adalah Tarikan Utama
Selain itu, realme GT Neo5 ini dilaporkan yang pertama menyokong pengecasan pantas 240W. Berdasarkan poster-poster di bawah, GT Neo5 akan tawarkan pelbagai ciri baru yang menarik dan berkuasa.
realme didakwa memberikan pengecas GaN dan pengecasan selama 30 saat sahaja cukup untuk penggunaan selama 2 jam.
Tambah realme lagi, bateri yang digunakan telah melengkapkan 1,600 kitaran dicas dan nyahcas penuh tanpa kehilangan 20% kemampuan baterinya.
Itu adalah 2 kali ganda daripada kitaran 800 pengecasan yang menjadi tetapan standard dalam industri ini.
Spesifikasi Yang Didakwa
Mengikut sumber, realme GT Neo5 akan dikuasakan sama ada cip Snapdragon 8+ Gen 1 atau Dimensity 8200. Dan hadir dengan sensor kamera utama 50MP Sony IMX890 dan OIS.
Di samping itu, peranti ini dikhabarkan hadir dengan skrin AMOLED berukuran 6.7 inci beresolusi 2,772 x 1,240 dan sokong kadar segar semula 144Hz.
{suggest}
Sumber: GSMArena