realme GT NEO 3T kini rasmi di Malaysia pada harga RM1,799 namun harga lebih rendah iaitu RM1,599 hingga 25 Ogos 2022.
Ia dijana Snapdragon 870 5G, dilengkapi bateri 5000mAh dan menyokong pengecasan 80W yang mampu dicas 50% dalam masa 15 minit.
Storan RAM padanya sebesar 8GB dengan storam dalam pula 128GB. Kamera utama di belakang ialah 64MP, 8MP sudut lebar dan 2MP makro.
Klik SINI untuk beli realme GT NEO 3T melalui Shopee.
Paparan bersaiz 6.62 inci pula menyokong 120Hz, kadar input sentuh 360Hz, HDR10+ dan kecerahan maksimum 1300 nit.
Sistem penyejukan pula disokong stainless steel vapor chamber berukuran 4129mm².
Ia hadir dalam dua warna iaitu Dash Yellow dan Shade Black.
Sumber: Siaran Akhbar realme
{suggest}