realme kini mengesahkan kehadiran pengganti realme GT Neo melalui realme GT Neo 2, bukan “realme GT Neo Gaming”. Namun, spesifikasinya sama dengan yang didedahkan awal bulan ini.

Telefon tersebut bakal dilancarkan pada 22 September 2021 dimana didatangkan spesifikasi andalan – Snapdragon 870, skrin 6.62 inci FHD+ dengan panel E4 serta kadar segar semula 120Hz, lensa swafoto 16MP dengan padanan 64MP utama, 8MP ultra lebar dan 2MP makro. Sementara ia juga mempunyai bekalan bateri 5000mAh dan sokongan pengecasan 65W.

Setakat ini, peranti itu diperlihatkan dengan warna Blackmint. Ia mempunyai kemasan fluorescent green dan jalur berwarna hitam bersama penjenamaan “realme” pada bahagian kanan. Sementara jalur lebih halus terdapat “dare to leap”. Binaannya juga adalah daripada kaca anti-pantulan (AG Glass).

Seperti biasa, ia akan terhad buat pasaran China terlebih dahulu dan mungkin pasaran global juga nanti kerana realme GT Neo bagi pasaran global merupakan realme X7 Max 5G.

Sumber: sparrownews

Baca juga:

Beli produk realme di:

Shopee - https://invol.co/cl659jr
Lazada - https://invol.co/cl659k3