realme hari ini mengumumkan tarikh pelancaran bagi peranti baharu, iaitu realme GT Master Series pada 21 Julai nanti. Desas-desus mengatakan terdapat sebuah lagi peranti lain yang mungkin GT Master Exploration Edition.
Bagaimanapun, realme GT Master Series kini telah didedahkan spesifikasi yang akan digunapakai. Menariknya, ia mirip dengan ura-ura sebelum ini.
Telefon ini dilengkapi skrin berukuran 6.43 inci Samsung AMOLED dengan kadar penyegaran 120Hz serta input sentuh 360Hz bersama-sama paparan berlubang menempatkan lensa swafoto 32MP.
Di dalam terbina cip Snapdragon 778G, pilihan memori 8GB/128GB dan 8GB/256GB serta menjalankan realme UI 2.0 berasaskan Android 11. Tambahan lagi, ia turut menampilkan ciri Dynamic RAM Expansion (DRE) yang membenarkan memori maya (virtual RAM) ditambah sebanyak 5GB.
Bahagian belakang, terdapat 3 lensa dimana 64MP utama, 8MP ultra lebar dan 2MP makro. Bateri pula adalah berkapasiti 4300mAh dengan pengecasan pantas 65W.
Melihat spesifikasi tersebut, ia seakan dengan peranti OPPO reno5 varian standard. Malah, sekilas pandang, rekaannya juga mirip telefon OPPO itu.
Sementara itu, telefon itu juga sekaligus menepis dakwaan ia menggunapakai teknologi kamera dari Kodak. Namun, mungkin realme GT Master Exploration yang akan menggunakannya kerana dikhabarkan ia dijana cip Snapdragon 870.
Sumber: weibo
Baca juga – Takut Dengan Galaxy Store, Google Dilapor Guna Taktik ‘Kotor’ Untuk Terus Monopoli
Baca juga – realme Dilapor Kerjasama Dengan Kodak Untuk Telefon ‘Flagship’ Baharu