realme GT Master Edition kini secara rasminya tiba di Malaysia dengan tanda harga jualan bermula RM1499 bagi varian 8GB RAM dan storan 128GB, sementara varian 8GB+256GB storan pula berharga RM1699.

Seperti mana yang dilancarkan di China, realme GT Master Edition hadir dengan kemasan panel belakang yang direka oleh pereka Jepun Naoto Fukusawa.

Selain itu, telefon ini dilengkapi cip pemproses Snapdragon 778G, skrin sebesar 6.43 inci AMOLED bersama kadar segar semula 120Hz, bateri 4300mAh dan pengecasan pantas 65W.

Di belakang, ia mempunyai tiga tetapan kamera yang merangkumi 64MP utama, 8MP ultra lebar dan 2MP makro. Manakala 32MP ditugaskan untuk kamera swafoto.

Terdapat dua pilihan warna, iaitu voyager grey dan daybreak blue. Manakala, jualan pertama realme GT Master Edition akan berlangsung secara ekslusif di Lazada pada 9 September ini. Malah, varian 8GB+128GB juga ditawarkan hanya pada RM1399.

 

 

Tekan untuk membeli realme GT Master Edition:

8GB+128GB - https://invol.co/cl5uzyd
8GB+256GB - https://invol.co/cl5uzxq