Selepas realme GT, telefon pertama mereka dengan Snapdragon 888 dilancarkan, realme hari ini memperkenalkan dua buah telefon baharu dalam siri ini – realme GT Master Edition dan realme GT Master Explorer Edition.

Melaluinya, masing-masing menampilkan rekaan panel belakang unik. Ia direka oleh pereka dari Jepun, Naoto Fukusawa yang mana diilhhamkan daripada beg pakaian atau suit case dan kemasan dengan vegan leather.

gambar dari ithome

Bagi realme GT Master Edition, ia dimuatkan Snapdragon 778G, 8GB RAM serta storan hingga 256GB, skrin 6.43 inci AMOLED 120Hz dan bateri 4300mAh dengan pengecasan 65W.

Kameranya pula mempunyai 3 lensa dimana 64MP utama, 8MP ultra lebar dan 2MP makro serta lensa swafoto 32MP.

gambar dari ithome

Sementara realme GT Master Explorer Edition, ia lebih berkuasa kerana didatangkan cip Snapdragon 870, paparan AMOLED 120Hz dari Samsung, bateri 4500mAh serta pilihan memori 8/128GB dan 12/256GB.

Masih lagi mengekalkan 3 tetapan kamera tetapi kali ini menggunakan sensor Sony IMX766 50MP utama, 16MP ultra lebar dan 2MP makro.

Harga jualan di pasaran China bagi realme GT Master Edition bermula 2399 yuan (~RM1569), manakala realme GT Master Explorer Edition bermula 2899 yuan (~RM1896).

Sumber: ithome

Baca juga artikel berkaitan: