Pertama kali diperkenalkan pada Julai dan kemudian diumum buat pasaran global beberapa minggu lalu, realme tidak perlu menunggu lama untuk menawarkan realme GT Master Edition buat peminat tempatan.

Ini kerana realme Malaysia mengesahkan pelancaran rasmi telefon tersebut di Malaysia, iaitu pada 1 September ini, jam 12 tengah hari menerusi laman Facebook rasmi mereka.

Imbas kembali spesifikasinya, peranti ini didatangkan dengan cip Snapdragon 778G, 8GB RAM, storan hingga 256 GB, skrin 6.43 inci AMOLED 120Hz, bateri 4300mAh serta 3 tetapan kamera.

Berdasarkan laporan dariĀ Lowyat, realme GT Master Edition ini akan dijual pada harga RM1399 melalui kedai rasmi di Lazada.

Sumber: realme Malaysia, Lowyat

Baca juga: