realme secara rasmi hari ini telah melancarkan peranti andalan terbaru iaitu realme GT.

Menyentuh spesifikasi, realme GT menampilkan paparan Super AMOLED berukuran 6.43-inci dengan resolusi FHD+ serta sokongan kadar segar semula 120Hz dan input sentuhan 360Hz. Terdapat paparan berlubang yang menempatkan kamera swafoto 16MP.

Seperti yang diketahui sebelum ini, realme GT dikuasakan cip pemproses Snapdragon 888. Untuk konfigurasi memori pula, ia ditawarkan dengan pilihan RAM LPDDR5 sehingga 12GB dan juga storan dalaman berasaskan UFS 3.1 sehingga 256GB.

realme GT dilancar

Di bahagian panel belakang, realme GT dimuatkan dengan tetapan tiga kamera yang terdiri daripada 64MP utama, 8MP sudut lebar dan 2MP makro.

Selain itu, peranti ini didatangkan dengan bateri berkapasiti 4500mAh yang juga menyokong pengecasan pantas 65W melalui port USB-C. Menariknya, ia turut hadir dengan sokongan bicu audio 3.5mm.

Antara lainnya adalah mempunyai sokongan Wi-Fi 6, Bluetooth 5.2, sensor imbasan cap jari, pembesar suara stereo dengan sokongan Dolby Atmos serta menjalankan sistem operasi realme UI 2.0 berasaskan Android 11.

realme GT dilancar

Terdapat dua kemasan berbeza yang ditawarkan untuk realme GT iaitu versi kaca dan kulit. Bagaimanapun, hanya pilihan memori 12GB+256GB yang ditawarkan untuk kemasan versi kulit.

Harga Jualan

realme GT dipasarkan dengan harga bermula 2899 yuan (~RM1817) untuk varian 8GB+128GB, manakala varian 12GB+256GB pula berharga 3399 yuan (~RM2131) di China. 

Buat masa ini, belum diketahui bila peranti ini akan hadir untuk pasaran global, khususnya untuk pasaran tempatan.