3 bulan telah berlalu, telefon berkelas andalan dari realme, iaitu realme GT 5G akhirnya rasmi buat pasaran global kerana sebelum ini ia hanya terhad di China sahaja.

Telefon ini tampil dengan paparan Super AMOLED sebesar 6.43 inci beresolusi FHD+ dengan kadar penyegaran 120Hz serta input sentuhan 360Hz. Bersama-samanya, hadir kamera hadapan 16MP.

Baca juga – realme, Jenama Telefon Pintar Paling Pesat Berkembang Dalam Pasaran 5G

Sesuai dengan spesifikasi andalan, ia dikuasakan cip pemproses Snapdragon 888 dengan padanan memori 8GB/12GB RAM LPDDR5 dan storan dalaman 128GB/256GB berasaskan UFS 3.1.

Bagi tetapan kamera, ia terdiri dengan tiga kamera dimana 64MP utama, 8MP ultra-lebar dan 2MP makro. Bekalan kuasa pula adalah bateri berkapasiti 4500mAh yang menyokong pengecasan pantas 65W.

Selain itu, peranti ini turut menawarkan bicu audio (audio jack) 3.5mm yang jarang dijumpai dalam telefon berkelas sepertinya. Antara lainnya, WiFi 6, Bluetooth 5.2, pengimbas cap jari, pembesar suara stereo Dolby Atmos dan menjalankan realme UI 2.0 berasaskan Android 11.

Baca juga – realme Sasar Perkenal Lebih Dari 20 Peranti 5G Menjelang 2022

Ditawarkan dua pilihan warna – Dashing Blue dan Dashing Silver. Sementara warna Racing Yellow menampilkan kemasan daripada kulit (vegan leather).

Harga jualan rasmi yang diletakkan adalah €449 (~RM2240) untuk varian 8GB+128GB. Manakala varian 12GB+256GB pula adalah €599 (~RM2990).

Walaupun realme Malaysia tidak mengumumkan kehadirannya tetapi peminat tempatan boleh menjangkakan ia bakal tiba di Malaysia tidak lama lagi.