Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
    • Ura-ura
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme gt 2 explorer

realme GT 2 Explorer Master Edition Diperkenal, Dengan Snapdragon 8+ Gen 1, Paparan OLED 120Hz

Posted on Julai 13, 2022

Pada acara pelancarannya semalam di China, realme memperkenalkan beberapa peranti mudah alih baharu termasuk realme GT 2 Explorer Master Edition.

realme GT 2 Explorer Master Edition membuat penampilan sulungnya dengan berkuasakan cip Snapdragon 8+ Gen 1.

Direka dengan paparan OLED FHD+ 120Hz 6.7 inci, telefon ini dilengkapi sehingga 12GB LPDDR5X RAM dan 256GB storan UFS 3.1.

Dari segi kamera, realme GT 2 Explorer Master Edition ini hadir dengan 50MP IMX766 dengan OIS sebagai kamera utamanya, ditambah dengan ultralebar 50MP, dan swafoto 16MP.

Ciri lain termasuk bateri 5000mAh dengan pengecasan pantas UltraDart 100W.

realme GT 2 Explorer Master Edition ditawarkan dalam tiga varian storan iaitu 8+128GB untuk CNY3,499 (~RM2,307), 8+256GB untuk CNY3,799 (~RM2,505), dan 12+256GB untuk CNY3,999 (~RM2,637).

Sumber: Siaran akhbar realme

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2022 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress