Jenama telefon pintar bekerjasama dengan syarikat pengeluar kamera bukanlah sesuatu yang asing pada masa sekarang.

Hasselblad, Leica dan Zeiss antara yang telah bekerjasama dengan jenama telefon pintar. Kini, realme dilaporkan bekerjasama dengan syarikat pengeluar kamera ‘otai’, iaitu Kodak.

Dikatakan, telefon andalan (flagship) yang bakal menggunakan teknologi kodak itu adalah realme GT Master Edition. Malah, realme turut memuat naik gambar di weibo yang mana ia dipercayai diambil dari sebuah telefon yang belum dilancarkan lagi.

Sekiranya benar, realme akan mengikuti jejak langkah pesaingnya yang lain dalam memberikan kualiti terbaik bagi kamera telefonnya. Bahkan, Samsung sebelum ini juga dikhabarkan untuk bekerjasama dengan Olympus.

Sumber: gizmochina

Baca juga – Kenali Perbezaan “Fitness Tracker” Dan “Smartwatch”

Baca juga – Redmi Note 10 Pro 5G Kini Sokong “Tambah” RAM

Baca juga – WhatsApp Akhirnya Akan Tawar Ciri Baharu Yang Ditunggu-Tunggu