Desas-desus berkaitan komputer riba pertama dari realme bukanlah sesuatu yang baharu. Spekulasi menjangka mereka akan memperkenalkannya sekitar bulan ini.
Bahkan sebelum ini, realme India pernah membuat soal selidik melalui Google Forms di India. Terbaru, CEO realme India serta Eropah mengacah kehadiran produk baharu.
Baca juga – Komputer Riba realme Dijangka Akan Dilancar Seawal Jun 2021
Menariknya, twit beliau menyatakan produk dalam kategori baharu dan pasti ia bukanlah telefon pintar atau peranti boleh pakai.
01001000B 01100101B 01101100B 01101100B 01101111B 00100000B 01010111B 01101111B 01110010B 01101100B 01100100B 00100001B 00000000B#realme new product category has a message for you!
Can you decode it & guess the product name that will add up to your #TechLife? pic.twitter.com/PhPcvn0668— Madhav Sheth (@MadhavSheth1) June 9, 2021
Melihat pada gambar yang dimuat naik, ibarat sebuah komputer riba kerana saiznya yang agak besar.
Tambahan lagi, jika benar itu sebuah komputer riba, rekaan dan kemasan warnanya mirip sekali dengan MacBook dari Apple.
Baca juga – Komputer Riba Pertama realme Dijangka Hadir Tidak Lama Lagi
Namun, tidak pelik jika realme meniru rekaan itu kerana Huawei sudah berbuat perkara sedemikian menerusi penawaran barisan komputer riba mereka.
Apa-apa pun, mari kita nantikan pengenalan produk tersebut dan mungkin ia akan dilancarkan dalam masa terdekat.
Sumber: realme