Model terbaru, realme C53 akan dilancarkan di Malaysia pada 6 Jun 2023, sama hari dengan acara WWDC oleh Apple.
Ia akan menjadi peranti realme kedua yang hadir dengan Mini Capsule yang secara terang-terangan “diinspirasi” daripada Dynamic Island yang wujud pada iPhone 14 Pro.
{suggest}
Peranti pertama dengan Mini Capsule ialah realme C55.
Bercakap tentang Mini Capsule, realme turut mengesahkan semua model di bawah siri C akan hadir dengan ciri tersebut.
Antara paparan yang tersedia dalam Mini Capsule ini ialah bateri, penggunaan data dan statistik langkah pengguna.
Dalam pada itu, realme juga menggunakan frasa “entry-level smartphone disrupter” yang nampaknya seperti “flagship killer” yang dipelopori OnePlus dulu.
Sumber: Siaran Akhbar realme