realme baru-baru ini telah melancarkan sebuah telefon pintar baru untuk kelas permulaan dikenali sebagai realme C21Y. Dijual pada harga RM549, telefon ini turut menyokong sambungan kepada rangkaian 5G.

Dari segi spesifikasi, realme C21Y dilengkapi dengan cip pemproses Unisoc T610, RAM 4GB, storan 64GB dan paparan berukuran 6.5 inci.

Panel hadapan menyokong resolusi HD+ dan terdapat rekaan takuk dibahagian atas menempatkan kamera 5MP. Rakaman belakang pula digalas oleh tiga kamera terdiri daripada lensa, 13MP kamera utama, 2MP B&W serta 2MP makro.

Janaan kuasa pula diperoleh daripada bateri berkapasiti 5000mAh dan turut mempunyai keupayaan pengecasan berbalik.

Lain-lain ciri yang terdapat pada realme C21Y adalah bicu audio 3.5mm, port MikroUSB, dwi-SIM Nano, slot MikroSD serta menjalankan realme UI berasaskan Android 11.

Bagi yang berminat, anda boleh memilih dua warna yang ditawarkan iaitu Cross Blue dan Cross Black.

 

Kedai rasmi realme Malaysia di:
Shopee:
https://invol.co/cl5jeya
Lazada:
https://invol.co/cl5jeyr