Semalam, realme telah pun memperkenalkan sebuah lagi ahli baharu dalam siri ini iaitu realme C21 untuk pasaran tempatan.

Untuk penawaran harga, realme hari ini mengumumkan realme C21 boleh dibeli pada harga RM499 bermula 5 Mac 2021. Peranti ini hadir dengan janaan cip pemproses MediaTek Helio G35 bersama gandingan RAM 3GB dan 32GB storan dalaman.

harga realme C21

Ia dilengkapi skrin berukuran 6.5-inci dengan nisbah 20:9 serta paparan bertakuk yang menempatkan kamera swafoto 5MP. Di bahagian panel belakang pula menampilkan tetapan tiga kamera dengan 13MP+2MP+2MP.

Untuk janaan kuasa, realme C21 dimuatkan dengan kapasiti bateri 5000mAh bersama sokongan pengecasan 10W Quick Charge melalui kabel microUSB. Terdapat dua pilihan warna yang ditawarkan iaitu Cross Black dan Cross Blue.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan realme C21, pembelian boleh dilakukan di Lazada atau pengedar sah realme bermula hari ini.