Peranti siri C daripada realme boleh dikatakan antara siri yang popular dalam kalangan pengguna atas faktor harganya. Malah, siri ini juga mempunyai banyak model pada tahun lepas.

Awal tahun 2021 baru sahaja bermula dan kini realme kembali dimana mereka dikatakan bakal melancarkan realme C20 untuk pasaran Asia Tenggara tidak lama lagi.

Menurut sumber daripada Playfuldroid, peranti ini dikuasakan cip pemproses MediaTek Helio G35. Cip ini sama digunakan pada realme C11 dan juga realme C15.

Ia akan hadir dengan paparan berukuran 6.5 inci IPS beresolusi HD+ dengan rekaan takuk waterdrop yang menempatkan kamera swafoto 5MP.

Di dalam terbina dengan RAM 2GB serta storan 32GB dan mungkin akan mempunyai slot kad mikroSD.

Pada bahagian belakang, rekaan modul kamera berbentuk petak menempatkan kamera tunggal 8MP. Dengan bateri 5000mAh, ia akan menyokong pengecasan 10W.

Melalui spesifikasi yang ditawarkan, peranti ini dijangka dijual pada harga sekitar ~RM473.

Sumber: Playfuldroid