Sekitar Februari yang lalu, realme telah merasmikan fon telinga tanpa wayar dengan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) menerusi Buds Air 2.

Terbaru, mereka bakal melancarkan Buds Air 2 Neo dan kali ini ia tampil dengan rekaan lebih kompak berbanding model terdahulu.

Namun, sebenarnya rekaannya dilihat amat mirip dengan realme Buds Q yang dilancarkan tahun lalu akan tetapi ia hadir dengan ciri ANC dan mempunyai mikrofon terbina.

Selain itu, ia turut menerima penambahan fungsi memadankan dua fon telinga tersebut melalui bekas simpanannya.

Dari segi spesifikasi, Buds Air 2 Neo didatangkan pemacu 10mm dan realme mendakwa baterinya mampu bertahan sehingga 28 jam main balik dimana ia jauh lebih baik berbanding Buds Air 2.

Melihat perkara ini, kami menjangkakan ia akan dijual dengan harga seakan Buds Air 2, iaitu sekitar RM200. Walau apa pun, sama-sama kita nantikan untuk pelancarannya pada 7 April 2021.

Sumber: realme pakistan

Beli produk realme melalui:
Shopee (https://invol.co/cl30p34)
Lazada (https://invol.co/cl30p3m)