Tidak tunggu lama, ini yang boleh kita cakap tentang realme Malaysia kerana laptop pertama mereka sudahpun rasmi dalam negara sebentar tadi.

Dipanggil sebagai realme Book, ia pertama kali muncul diumumkan beberapa hari lepas. Bagi pasaran tempatan tiga variasi model akan dibawa masuk, pada harga bermula RM2999 sehingga RM3999.

Namun untuk awal ini, hanya dua variasi model yang akan mula ditawarkan terlebih dahulu iaitu Intel i3 (8GB+256GB) dan Intel i5 (8GB+512GB). Sementara itu sebuah lagi model dengan cip i5 tetapi RAM 16GB pula hanya dinyatakan bakal hadir tidak lama lagi dan ia akan dijual pada harga RM3999.

Kedua-dua komputer riba ini akan dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel generasi ke-11, tetapi perbezaan pada pemproses grafik. Ia mengetengahkan GPU Intel UHD untuk model i3 manakala model i5 ditugaskan kepada Intel Iris Xe.

Selain berbeza pada bahagian konfigurasi memori dan pemproses grafik, kedua-dua variasi yang bakal dijual ini turut mempunyai beberapa perbezaan seperti sokongan Wi-Fi 6, Bluetooth 5.2 serta mempunyai port Thunderbolt 4 hanya pada model i5 sahaja.

Pada bahagian lain, ia berkongsi spesifikasi seperti skrin IPS 14 inci, paparan 2K menyokong gamut warna 100%sRGB, audio sokongan DTS, bateri 54Wh dan pengecasan pantas 65W. Selain itu, terdapat juga fungsi pengimbas cap jari diletakkan pada butang kuasa bagi memudahkan log masuk dibuat dengan pantas.

Menariknya juga, realme ada menyediakan fungsi PC Connect, yang mana pengguna boleh pancarkan paparan skrin telefon pintar ke skrin komputer riba dengan lebih mudah.

Buat masa sekarang ia hanya disokong oleh realme GT Master Edition sahaja. Bagi realme GT Master Explorer Edition, dan realme GT kemaskini sokongan akan diberikan tidak lama lagi. Model-model telefon pintar realme lain juga dijanjikan fungsi ini, tetapi pada masa akan datang.

Bagi yang berminat untuk memiliki realme Book, variasi i3 dijual lebih murah dari harga asal iaitu RM2499 secara eksklusif di Shopee bermula 27-28 Ogos depan.

Setiap pembelian akan melayakkan pembeli menerima waranti jaminan sehingga 2 tahun.

Baca juga:

 

Beli realme Book i5:
https://invol.co/cl5nkin

Beli realme Book i3:
https://invol.co/cl5nkje