Presiden realme Antarabangsa Madhav Sheth bertanya pada pengikutnya sama ada mereka mahukan realme Flip atau Fold.
Lewat ini, arena telefon lipat semakin meriah dengan menyaksikan jenama seperti vivo dan OPPO serta HONOR sudah pun mengeluarkan telefon lipat pertama atau kedua dalam beberapa bulan ini.
What do you want next… #realmeFlip or #realmeFold?
— Madhav Sheth (@MadhavSheth1) March 9, 2023
realme mahupun Madhav tidak pula mengeluarkan kenyataan lanjut mengesahkan kewujudan peranti itu. Namun, ini memberi tanda bahawa jenama itu bersedia untuk mengeluarkan peranti boleh lipat mereka.

Memandangkan vivo dan OPPO yang juga berada di bawah syarikat sama seperti realme sudah pun mempunyai peranti lipat, maka pastinya realme juga akan turut serta kelak.
{suggest}
Perkongsian teknologi antara syarikat di bawah BBK Electronics tidak asing lagi misalnya teknologi pengecasan.
Sumber: Madhav Sheth