Semalam kami melaporkan bahawa realme mengesahkan kehadiran pengecas magnetik tanpa wayar yang dinamakan sebagai MagDart.

Kini, mereka tidak perlu menunggu lama kerana realme menjadualkan acara pada 3 Ogos untuk memperkenalkan teknologi pengecas magnetik tanpa wayar itu dan ia adalah pertama dalam mana-mana peranti Android.

Berdasarkan yang dikongsikan gizmochina, MagDart ini akan ditawarkan dua varian yang satu lebih nipis dan satu lagi lebih tebal berbentuk kotak. Dikatakan pengecas magnetik tanpa wayar itu lebih pantas daripada Apple tawarkan.

Di samping itu, Ketua Pegawai Eksekutif realme juga menyertakan tanda pagar #realmeFlash. Bermakna, kita bakal lihat sebuah telefon pintar pertama mereka yang menyokong MagDart seperti mana yang didedahkan gsmarena.

Walau apa pun, dijangkakan pengecas serta peranti tersebut akan tiba buat pasaran tempatan memandangkan realme Malaysia telah mengacah poster yang serupa.

Sumber: realme

Baca juga artikel berkaitan: