Hari ini, realme Malaysia telah melancarkan sejumlah peranti Artificial Intellignece of Things (AIoT). Terdapat 7 peranti yang diperkenalkan bagi meluaskan lagi ekosistem mereka.

Berikut adalah senarai peranti yang diumumkan:

  1. realme Buds Q2
  2. realme Buds Air 2 Neo
  3. realme Cobble Bluetooth Speaker
  4. realme Watch S Master Edition
  5. realme Watch 2
  6. realme Motion Activated Night Light
  7. realme Alkaline Batteries

realme Buds Q2 dan Buds Air 2 Neo

realme Buds Q2 dan Buds Air 2 Neo tampil dengan rekaan yang seakan model yang terdahulu, iaitu realme Buds Q. Namun, Buds Air 2 Neo mempunyai kemasan yang lebih futuristik.

Kedua-duanya juga mempunyai pemacu 10mmBass Boost Driver dan dari segi ketahanan bateri, Buds Air 2 Neo mampu bertahan sehingga 28 jam. Manakala Buds Q2 pula 20 jam main balik muzik.

Walau bagaimanapun, Buds Air 2 Neo hadir dengan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) sementara Buds Q2 pula hanya ENC.

Dari segi harga, Buds Air 2 Neo dijual pada RM169 dan Buds Q2 RM129. Namun, masing-masing boleh didapati dengan murah pada 11 Mei dan 5 Mei ini dengan harga RM149 dan RM79 di Shopee.

realme Cobble Bluetooth Speaker

realme Cobble Bluetooth Speaker adalah pembesar suara realme yang sesuai untuk kegunaan luar. Di dalam terbina dengan pemacu 5W Dynamic Bass Boost Driver.

Selain itu, anda boleh memadankannya dengan sebuah lagi pembesar suara realme bagi menjadikannya pembesar suara stereo. Ia juga mempunyai kawalan pratetap equalizer, iaitu – Bass, Dynamic dan Bright yang boleh dikawal menerusi realme link.

Lain-lain spesifikasi adalah seperti 9 jam main balik, latensi rendah 88ms dan pegecasan USB-C. Harganya adalah mampu milik iaitu RM99.

realme Activated Motion Night Light

realme Activated Motion Night Light adalah sebuah lampu yang menggunakan inframerah bagi mengesan pergerakan dan seterusnya menyala dengan sendiri.

Bagi menguasakannya, ia menggunakan bateri AAA yang boleh bertahan hingga satu tahun. Pengguna boleh memasangkannya secara magnetik atau pelekat yang terdapat pada bahagian belakangnya. Ia dijual dengan harga RM99 tetapi boleh dapatkannya dengan RM39 pada 5 Mei ini di Shopee.

realme Watch 2 dan Watch S Master Edition

realme Watch 2 dan Watch S Master Edition adalah penawaran baharu dalam siri jam tangan pintar realme.

realme Watch 2 mempunyai paparan 1.4 inci dengan hadir lebih daripada 100 muka jam yang boleh dikawal menggunakan aplikasi realme Link.

Selain itu, ia didakwa mampu bertahan hingga 12 hari dan turut menawarkan 90 mod sukan, penarafan kalis air IP68 serta pemantauan oksigen darah dan degupan jantung.

Manakala Watch S Master Edition, ia dihasilkan dengan kolaborasi artis pop popular Korea, Grafflex.

Paparannya tampil dengan 1.3 inci berbentuk bulat dan mampu mencapai kecerahan hingga 600 nits. Ia turut menawarkan lebih daripada 100 muka jam.

Antara ciri menarik adalah seperti dilengkapi dengan penarafan kalis air IP68, 16 mod sukan, pemantauan oksigen dalam darah serta degupan jantung.

realme Watch 2 dijual dengan harga RM229. Manakala realme Watch S Master Edition berharga RM429 dan boleh dibeli bermula 8 Mei ini.

realme Alkaline Battery

Akhir sekali, bateri AA dan AAA realme ini melengkapkan barisan peranti AIoT mereka. Ia masing-masing mempunyai kapasiti 3100mAh dan 1250mAh yang mana ia tidak mudah bocor dan merosakkan perkakas elektronik anda.

Menariknya, realme turut mendakwa ia boleh disimpan hingga 10 tahun lamanya. Bermakna, pengguna boleh membelinya dan menyimpan dengan banyak di rumah.

Bagi saiz AA, ia dijual dengan tanda harga RM29 sementara AAA pula berharga RM24.

Sumber: Siaran Akhbar realme

 

 

 

Beli produk realme melalui:
Shopee (https://invol.co/cl30p34)
Lazada (https://invol.co/cl30p3m)