Sekiranya anda terlupa, beberapa minggu yang lalu, MediaTek telah memperkenalkan cip pemproses 6nm Dimensity 810 yang mana pengganti kepada Dimensity 800.

Nampaknya, realme adalah jenama pertama yang bakal hadir dengan cip pemproses tersebut. Walaupun mereka tidak mendedahkan telefon baharu yang menggunakannya, spekulasi mengatakan realme 8s akan dijana Dimensity 810.

Peranti itu juga mungkin menampilkan skrin 6.5 inci dengan kadar segar semula 90Hz bersama kamera utama 64MP dan bateri 5000mAh.

Buat makluman, Dimensity 810 menerima peningkatan prestasi sedikit baik berbanding Dimensity 800. Ia mempunyai kelajuan CPU hingga 2.4GHz, sokongan resolusi 2520×1080 bersama kadar penyegaran 120Hz dan GPU Mali-G57.

Sumber: gsmarena

Baca juga: