Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

realme 9 Rasmi – Snapdragon 680, Kamera 108MP, RAM Sebesar 8GB Bawah RM1,000

Posted on April 20, 2022April 20, 2022

realme sebentar tadi telah melancarkan dua peranti iaitu realme 9 dan realme Pad Mini.

Dijana Snapdragon 680, realme 9 disertakan skrin bersaiz 6.4 inci dengan resolusi FHD+ dan dua pilihan RAM sebesar 6GB dan 8GB bersama storan UFS 2.2 sebesar 128GB.

Paparan AMOLED-nya boleh ditingkatkan kadar segar sehingga 90Hz dan menggunakan panel Gorlla Glass 5.

Menjadi taruhan utama peranti ini ialah 108MP ProLight dengan sensor Samsung ISOCELL HM6, 8MP (sudut lebar) dan 2MP (makro). Kamera swafotonya menggunakan lensa 16MP Sony IMX471.

Ini merupakan peranti pertama di dunia yang menggunakan sensor ISOCELL HM6.

realme mengatakan dengan teknologi Nonapixel Plus Technology, kecerahan maksimumnya dapat ditingkatkan sebanyak 1.6 kali ganda berbanding HM2. Jadi, gambar diambil lebih terang.

Ciri 9x Focusing Precision pula menjanjikan gambar dengan fokus yang lebih pantas

realme 9 ini disertakan kuasa bateri sebesar 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas Dart Charge 33W.

Dengan tebal hanya 7.99mm, ia tersedia dalam 3 warna iaitu Sunburst Gold, Stargaze White dan Meteor Black.

Hadir dengan 2 varian dan 3 warna, ia akan mula dijual di kedai fizikal realme seluruh negara bermula 23 April manakala sehari lebih awal iaitu 22 April melalui Shopee.

Varian RAM 6GB bagaimanapun dijual pada RM829 terhad pada 22 April ini Shopee.

Klik pada harga di bawah untuk beli di Shopee.

6GB + 128GB – RM899

8GB + 128GB – RM999

Baca juga:
  • Setaraf Apple Dan Samsung, realme Juga Tidak Beri Pengecas Dalam Kotak
  • 5 Tablet Terbaik Bawah RM2,000 Setakat April 2022
  • Sebanyak 11 Ciri Baru WhatsApp Ini Sudah Dan Akan Diperkenalkan Tahun Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress