Bukan hanya tablet pertama realme Pad, mereka juga melancarkan dua telefon  – realme 8s dan realme 8i yang mana kedua-duanya tampil dengan cip terbaharu daripada MediaTek.

realme 8s 5G

Peranti ini adalah pertama yang dikuasakan cip pemproses MediaTek Dimensity 810 bersama-sama konfigurasi memori hingga 8GB RAM dan storan dalaman 128GB serta kad mikroSD.

Belakangnya terdapat tiga lensa – 64MP utama, serta 2MP untuk potret dan makro. Sementara 16MP lensa swafoto.

Telefon ini dilengkapi skrin berukuran 6.5 inci LCD FHD+ dengan kadar penyegaran 90Hz. Bekalan kuasanya pula adalah 5000mAh bersama pengecasan 33W.

realme 8i

Telefon ini juga pertama menggunakan cip MediaTek yang terbaru, iaitu Helio G96. realme 8i adalah peranti yang mempunyai skrin 6.6 inci LCD FHD+ yang menyokong gamut warna 100% DCI-P3 dan kadar segar semula 120Hz.

Untuk segmen fotografi, ia hadir dengan lensa utama 50MP yang dipadankan dua lensa 2MP untuk potret dan makro. Sementara lensa swafoto adalah 16MP. Melengkapkannya, bateri 5000mAh dengan pengecasan 18W, RAM hingga 6GB, storan dalaman 64GB atau 128GB dan slot kad mikroSD.

Kedua-dua ahli baharu dalam siri realme 8 ini juga menyokong DRE, iaitu fungsi menambah RAM secara maya.

Harga Jualan

realme 8s

  • 6GB+128GB – Rs17999 (~RM1010)
  • 8GB+128GB – Rs19999 (~RM1127)

realme 8i

  • 4GB+64GB – Rs13999 (~RM790)
  • 6GB+128GB – Rs15999 (~RM900)

Baca juga: