Beberapa minggu yang lalu, kita sudah lihat pelancaran telefon terbaharu iaitu realme 8 Pro yang mana ia mempertaruhkan kemampuan kameranya.
Berhubung kamera, realme 8 Pro didatangkan dengan kamera utama 108MP dimana ia adalah tertinggi dalam barisan telefon mereka.
Dengan ini, realme bakal membawa masuk telefon tersebut buat pasaran tempatan pada 22 April dan boleh ditonton menerusi Facebook realme.
Imbas kembali spesifikasi, ia dikuasakan cip Snapdragon 720G, memori sehingga 8GB dan storan dalaman 128GB, skrin AMOLED dan bateri berkapasiti 4500mAh.
Sumber: Siaran Akhbar realme