Diperkenalkan pada penghujung Mei 2021, realme 8 5G kini memasuki pasaran tempatan dan meletakkannya sebaris bersama telefon pintar 5G yang lain di Malaysia.

Baca juga – realme 8 5G Rasmi Di Malaysia, Pesaing Kepada Redmi Note 10 5G

Spesifikasi

  • MediaTek Dimensity 700 5G
  • 8GB RAM dan storan 128GB UFS 2.1
  • Android 11, realme UI 2.0
  • Bateri 5000mAh dengan pengecasan pantas 18W
  • Dua pilihan warna – Supersonic Blue dan Supersonic Black

Mahu Cip 5G Tapi Nak Harga Murah

Jika kita lihat corak mana-mana jenama sekali pun, setiap telefon pintar yang menggunakan cip pemprosesan 5G, pasti beberapa bahagian lain terpaksa dikorbankan sekiranya mahu menjualnya dengan harga murah atau mampu milik.

Itulah yang berlaku pada realme 8 5G ini. Ramai juga yang membandingkannya dengan realme 7 5G. Diikutkan logik akal, setiap telefon baharu, semestinya spesifikasi haruslah dinaik taraf.

Sebagai perbandingan, realme 7 5G didatangkan cip MediaTek Dimensity 800U 5G yang mana prestasinya sedikit baik termasuk ketika memainkan permainan mudah alih.

Selain itu, skrin realme 8 5G juga hanya menawarkan kadar segar semula 90Hz berbanding 120Hz pada realme 7 5G. Ia membuatkan rasa tidak selesa sebenarnya jika anda datang dari peranti yang hadir dengan kadar penyegaran tinggi.

Kelajuan pengecasan pada peranti ini juga dikurangkan daripada 30W kepada 18W sahaja tetapi saiz bateri masih sama.

Kemudian, kamera belakangnya turut kehilangan “rakan” penting, iaitu lensa ultra lebar. Pada pendapat saya, lensa ini lebih bermakna dan berfungsi berbanding makro yang mungkin peratusan penggunaan amatlah kecil.

Boleh “Download” RAM

Satu perkara menarik tentang realme 8 5G ini adalah realme Dynamic RAM Expansion (DRE). Kalau anda tidak tahu, teknologi ini memberikan penambahan RAM kepada peranti dengan mengambil ruang storan dalaman.

Dengan DRE, secara tidak langsung peranti ini akan mempunyai 8GB RAM + 3GB. Sebenarnya, banyak jenama yang sudah memulakan langkah ini seperti vivo X60, vivo V21 dan telefon pintar OPPO.

realme Akhirnya “Bertemu Buku Dengan Ruas”

realme 8 5G berdepan sedikit masalah ketika memperkenalkan peranti tersebut.

Hal ini kerana redmi Note 10 5G yang tampil dengan spesifikasi yang hampir sama taraf – Dimensity 700, skrin IPS 90Hz, kamera lebih kurang, 8GB RAM serta bateri. Namun, harga kurang RM100 daripada realme.

Baca juga – POCO M3 Pro 5G Rasmi, Telefon 5G Termurah Di Malaysia

Lebih parah, POCO M3 Pro 5G yang spesifikasi sama dengan Redmi Note 10 5G pula membuat kemunculan. Bahkan, lagi sakit apabila peranti ini dijual dengan harga RM699 walaupun penawaran memori berbeza, iaitu 4GB+64GB. Akan tetapi, POCO meletakkan mereka sebagai telefon 5G paling murah di Malaysia setakat ini.

Oleh itu, realme sepatutnya perlu bijak bermain dengan harga atau mungkin mereka boleh menurunkan harga jualan realme 7 5G kepada bawah RM1000? Mungkin peminat mahu memilikinya.

Beli realme 8 5G di Lazada:
https://invol.co/cl46pxk