realme 7 5G telah pun dilancarkan untuk pasaran Eropah pada bulan lalu. Model ini merupakan penambahan terbaharu dalam siri realme 7. Terbaru, realme hari ini secara rasmi telah melancarkan realme 7 5G untuk pasaran tempatan.

Peranti ini dilengkapi skrin berukuran 6.5-inci LCD dengan resolusi FHD+ serta kadar segar semula 120Hz dan input sentuhan 180Hz. Terdapat paparan berlubang yang menempatkan kamera swafoto 16MP.

Menguasakan realme 7 5G adalah cip pemproses MediaTek Dimensity 800U dengan modem 5G terbina. Ia digandingkan bersama 8GB RAM dan 128GB storan dalaman berasaskan UFS 2.1.

Dari segi kamera, ia menampilkan tetapan 4 kamera dengan gabungan 48MP utama, 8MP sudut lebar, 2MP monokrom, dan 2MP makro.

Selain itu, peranti ini dimuatkan bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan 30W Dart. Antara lainnya adalah mempunyai sokongan audio Dolby Atmos, pembesar suara mono dan pengimbas cap jari pada butang kuasa.

harga realme 7 5G

Peranti ini hadir dengan dua pilihan warna iaitu Flash Silver dan Mist Blue. Untuk pasaran Malaysia, realme 7 5G ditawarkan pada harga RM1,299 dan boleh dibeli mulai 18 Disember 2020 menerusi Lazada. realme turut menawarkan realme Hipster Pouch dengan badge Edisi Terhad realmeow serta jaminan tambahan selama 1 tahun.

harga realme 7 5G

Bagi pembelian melalui pengedar sah seluruh negara, realme 7 5G akan tersedia bermula 25 Disember 2020. Barangan percuma turut ditawarkan untuk pembelian melalui pengedar sah.