realme kini telah memuat naik satu imej yang memperlihatkan sebuah peranti 5G akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.

Berdasarkan imej tersebut, ia memperlihatkan rekaan hadapan peranti yang mirip seperti realme 7 5G. Peranti ini mempunyai paparan berlubang yang menempatkan kamera swafoto.

Terdahulu, pelancaran global realme 7 5G telah berlangsung pada 20 November 2020. Ia hadir dengan cip MediaTek Dimensity 800U yang mempunyai modem 5G terbina, RAM 6GB, storan 128GB berasaskan UFS 2.1 dan bateri 5,000mAh dengan pengecasan 30W.

Antara lainnya adalah dilengkapi skrin 6.5 inci LCD FHD+, kadar segar semula 120Hz, kamera swafoto 16MP dan juga pengimbas cap jari pada butang kuasa. Untuk sistem kamera belakang, ia mempunyai 48MP utama, 8MP sudut lebar, 2MP monokrom, dan 2MP makro.

Sementara itu, realme dijangka akan mengumumkan lebih banyak maklumat rasmi mengenai peranti ini menjelang pelancaran tidak lama lagi.

Boleh dapatkan produk realme yang lain melalui:
Lazada (https://invol.co/cl20wtv)
Shopee (https://invol.co/cl20wt8)