realme sebelum ini telah memuat naik kiriman di Facebook yang memperlihatkan sebuah peranti 5G akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi. Terbaru, realme mengesahkan realme 7 5G akan dilancarkan di Malaysia pada 17 Disember 2020.

Telah pun dilancarkan secara global pada 20 November lalu, realme 7 5G hadir dengan cip MediaTek Dimensity 800U yang mempunyai modem 5G terbina, RAM 6GB, storan 128GB berasaskan UFS 2.1 dan bateri 5,000mAh dengan pengecasan 30W.

Peranti ini dilengkapi skrin 6.5 inci LCD FHD+, kadar segar semula 120Hz, kamera swafoto 16MP dan juga pengimbas cap jari pada butang kuasa. Untuk sistem kamera belakang, ia mempunyai 48MP utama, 8MP sudut lebar, 2MP monokrom, dan 2MP makro.

Bagi mengetahui harga dan lain-lain penawaran realme 7 5G untuk pasaran tempatan, nantikan pelancaran pada 12 tengah hari, 17 Disember 2020 di halaman Facebook realme Malaysia.

 

Boleh dapatkan produk realme yang lain melalui:
Lazada (https://invol.co/cl20wtv)
Shopee (https://invol.co/cl20wt8)