Google hari ini secara rasmi telah mengeluarkan senarai carian popular di Malaysia pada tahun 2020. Google telah menyenaraikan US Election 2020, Google Classroom, Bantuan Prihatian Nasional (BPN), Bantuan Sara Hidup (BSH) dan Coronavirus sebagai carian Google paling popular di Malaysia.

Bagi kategori gajet, realme 6 Pro mengungguli carta carian peranti paling popular di Malaysia pada tahun ini.

Carian tertinggi bagi peranti ini direkodkan sekitar pelancarannya iaitu 10 hingga 16 Mei 2020. Selain realme 6 Pro, lapan lagi peranti realme yang lain turut tersenarai dalam senarai peranti popular di Google. Antaranya termasuk realme X3, realme 6, realme Buds Air, realme 7 Pro dan lain-lain.

Daripada senarai itu juga, Apple iPhone 12 merupakan satu-satunya senarai peranti yang bukan daripada jenama realme.

Mengimbas mengenai realme 6 Pro, peranti ini secara rasmi dilancarkan di Malaysia pada 11 Mei lalu. Ia hadir dengan skrin IPS LCD berukuran 6.6 inci, sokongan resolusi FHD+ serta kadar penyegaran 90Hz.

Peranti ini dijana cip pemproses Snapdragon 720G yang digandingkan dengan RAM 8GB dan 128GB storan dalaman. Menampilkan sistem kuad kamera, ia terdiri daripada lensa 64MP utama, 8MP sudut lebar, 12MP telefoto dan 2MP makro.

Antara lainnya adalah bateri 4300mAh, pengecasan 30W, sokongan audio Dolby Atmos dan fungsi imbasan cap jari pada butang kuasa.

Boleh dapatkan realme 6 Pro melalui:
Lazada (https://invol.co/cl21lgs)