Menemani model Realme 3 yang sudah dilancarkan pada Mac lalu, hari ini versi Pro pula mengambil giliran diperkenalkan untuk pasaran tempatan.
Realme 3 Pro merupakan sebuah peranti yang hadir dengan skrin paparan 6.3 inci FHD+ beserta cip Snapdragon 710 dan digandingkan bersama RAM 4GB/6GB serta memori 64GB/128GB.
Bahagian kamera pula menampilkan tetapan dwi kamera gabungan lensa 16MP+5MP dan kamera hadapan 25MP. Bateri yang ditawarkan adalah 4045mAh dengan sokongan pengecasan pantas VOOC 3.0.
Jualan pertama dibuat secara dalam talian melalui Lazada akan bermula esok 15 Mei 2019 sementara jualan diseluruh Malaysia dijadualkan pada 18 Mei 2019.