Realme 3 baru sahaja dilancarkan di India semalam, di mana ia hadir dengan dua versi berbeza iaitu versi India dengan cip Helio P70 manakala versi global pula disokong oleh cip Helio P60.
Tiada versi “Pro” yang diperkenalkan pada majlis pelancaran tempoh hari. Ia sekaligus menimbulkan tanda tanya mengenai tarikh pelancaran Realme 3 Pro kepada peminat mereka.
Baca juga: Realme 3 Dilancarkan, Hadir Dengan Bateri 4230mAh dan Helio P60
Persoalan itu sudah pun terjawab apabila peranti tersebut dilaporkan akan dilancarkan secara rasmi pada April ini.
Perkara ini disahkan sendiri oleh pihak Realme melalui satu kicauan di akaun Twitter mereka baru-baru ini.
For all those who guessed it right, stay tuned as the #SpeedAwakens. See you in April! #realme3Pro pic.twitter.com/12yeyHmAIW
— Realme (@realmemobiles) March 4, 2019
Apa yang menarik perhatian ialah kiriman tersebut disertai dengan satu imej di mana mereka memaparkan spesifikasi bagi peranti keluaran Xiaomi, Redmi Note 7 Pro.
Ia seolah-olah memberi gambaran bahawa Realme 3 Pro yang akan dilancarkan nanti bakal hadir dengan spesifikasi yang lebih baik.
Melihat daripada apa yang ditawarkan pada Realme 3, kami berpendapat Realme 3 Pro mungkin akan menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 675 atau Snapdragon 710.
Selain itu, ia adalah masa yang sesuai untuk Realme membekalkan peranti mereka dengan teknologi pengecasan pantas serta port USB Type-C.
Apa-apa pun seperti biasa, kita pasti akan mendengar lebih banyak maklumat mengenai peranti ini menjelang tarikh pelancarannya kelak.
Sumber: @realmemobiles