Sejak beberapa hari lepas, kita dihidangkan dengan berita mengenai model terbaharu Realme iaitu Realme 3.
Terbaru, anak syarikat Oppo itu telah pun mengesahkan tarikh pelancaran rasmi bagi peranti berkenaan.
Look at the sky, the stars are unwrapping something celestial. Witness the launch of #realme3 #PowerYourStyle live on 4th March on our official handles and be a part of the cosmic event. Find out more at https://t.co/HrgDJTZcxv pic.twitter.com/gG0l0ZnBm1
— realme (@realmeIndia) February 22, 2019
Menurut kicauan yang dibuat oleh akaun Twitter @realmemobiles, peranti tersebut akan dilancarkan pada 4 Mac ini.
Selain itu, beberapa kicauan lain di akaun tersebut juga disertai dengan tanda pagar #PowerYourStyle, sedikit berbeza berbanding #PowerMeetsStyle yang digunapakai pada dua siri RealmeĀ terdahulu.
A starry ambience at Nehru Planetarium, New Delhi will unfold the tale of #realme3.
Get ready to #PowerYourStyle with us!Call out to the fans!
Want to join us at the cosmic event? Apply now, limited seats only. https://t.co/afc8Z8F94Q pic.twitter.com/5mtYsJlTBy— realme (@realmeIndia) February 22, 2019
Apakah yang dimaksudkan dengan tanda pagar tersebut? Untuk mengetahui jawapannya, sama-sama kita nantikan acara pelancaran rasminya nanti.
Bagaimanapun, tiada maklumat mengenai tarikh ketibaan peranti ini ke Malaysia telah diperolehi setakat ini.
Sumber: @realmemobiles