Pada era peranti pintar sudah meluas, masalah utama baginya adalah kekurangan bateri terutama apabila berada di luar dan pasti setiap orang mempunyai satu Power Bank untuk kegunaan kecemasan.

realme yang merupakan sebuah jenama peranti pintar sudah ada aksesori ini melalui realme Power Bank 2 dan realme Power Bank 30W Dart.

Kini, mereka menambah lagi aksesori ini dengan memperkenalkan realme 20000mAh Power Bank. Ia menyokong pengecasan QC dan juga PD yang mampu mengecas peranti lebih besar seperti komputer riba.

Selain itu, ia mempunyai sokongan pengecasan sehingga 18W dan mempunyai 14 lapisan perlindungan litar bagi pengguna mengecas tanpa perlu risau.

Tambahan lagi, ia juga dilengkapi mod arus rendah untuk mengecas peranti seperti jam pintar mahupun audio bagi memastikan jangka hayat bateri lebih baik.

Kemasan bagi Power Bank ini mempunyai tekstur dengan pilihan warna hitam atau kuning.

realme 20000mAh Power Bank boleh dibeli secara luar talian menerusi kedai pengedar yang sah seluruh negara pada harga RM149 bermula 23 Januari ini.