Beberapa hari yang lalu, sebuah peranti dengan rekaan jenama minuman berkarbonat Coca-Cola telah berlegar-legar di arena web. Berdasarkan rupa telefon tersebut, ia seakan-akan peranti dari realme.
Kini, persoalannya mungkin terjawab. Ini kerana ciapan menerusi akaun rasmi Twitter India telah mengacah kehadiran sebuah telefon pintar baharu.
Something is fizzing at #realme. Watch this space for more: https://t.co/Dcxkz0SBa1#StayTuned pic.twitter.com/wQkfjgOY1R
— realme (@realmeIndia) January 27, 2023
Video acah tersebut memperlihatkan peranti tersebut berada di dalam air dengan teks ‘bubbling’. Tidak terhenti di situ, presiden realme India turut tidak ketinggalan memuat naik siri telefon realme 10 dan boleh dilihat pantulan tin minuman Coca-Cola.
Cheers for real! pic.twitter.com/HMLxhHcQAP
— Madhav Sheth (@MadhavSheth1) January 27, 2023
Ia sekaligus memberi kita gambaran bahawa realme bakal mengeluarkan sebuah edisi khas realme 10 Coca-Cola. Tambahan lagi, ini bukanlah kali pertama realme menampilkan telefon dengan kolaborasi bersama jenama-jenama lain. Jadi, tidak mustahil perkara itu direalisasikan lagi tahun ini.
Sekiranya benar, siri realme 10 edisi minuman ini pasti menawarkan rekaan merah dengan logo, tema khusus, ikon serta nada dering berasaskan jenama Coca-Cola.
Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan pelancaran telefon tersebut dalam masa terdekat ini.
Sumber: madhavsheth, realme
{suggest}