Setiap pemain mengimpikan kemenangan dalam setiap permainan video yang dimainkan. Selain skil, kelengkapan yang baik turut ditagih dalam memberikan kepantasan setiap reaksi pemain.
Bagi keperluan tersebut, Razer tampil memperkenalkan tetikus Razer Viper, dilengkapi dengan suis optikal untuk mengurangkan latensi serta tahap kejituan yang lebih baik.
Tidak seperti kebanyakkan tetikus yang hadir dengan suis mekanikal, Razer Viper menggunakan cahaya inframerah yang akan dipancar melalui pengatup ke dalam komputer untuk memastikan setiap klik sama seperti apa yang dimahukan pengguna.
Dengan pengurangan bahagian mekanikal itu, tetikus ini dikatakan mampu bertahan sehingga 70 juta kali jumlah klik. Datang dengan reka bentuk seberat 69 gram, Razer Viper dijual pada harga $79.99 (~RM332).