Razer hari ini mengumumkan aplikasi e-dompet mereka Razer Pay (beta) akan ditamatkan buat pengguna di Malaysia dan juga Singapura yang berkuatkuasa 1 Oktober 2021.

Bagaimanapun, pihak Razer Malaysia tidak memberikan sebarang kenyataan rasmi mengapa perkhidmatan tersebut dihentikan.

Apa pun, sekiranya anda pengguna tegar aplikasi e-dompet ini, Razer mengingatkan agar anda untuk memindahkan wang keluar dari aplikasi ini.

Caranya adalah buka aplikasi Razer Pay (beta), tekan ‘Withdraw’, klik ‘Cash Out’ dan ikuti langkah seterusnya. Setelah selesai, wang yang telah dipindahkan akan mengambil masa 5 hari bekerja untuk melengkapkanĀ perpindahan.

Pengguna diberikan masa untuk melakukannya sehingga 30 September 2021 ini dan jika anda terlepas tarikh tersebut, boleh terus hubungi khidmat pelanggan Razer di sini.

Imbas kembali, Razer Pay mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2018 yang mana aplikasi e-dompet ini boleh digunakan di 7-Eleven, 99Speedmart, Starbucks dan lain-lain.

Sumber: Razer Pay, Razer Support

Baca juga artikel berkaitan: