Syarikat ternama dalam pengeluaran aksesori gaming, Razer baru-baru ini telah melancarkan kaca mata pintar pertama mereka iaitu Razer Anzu.

Jika anda ingat, kaca mata pintar Razer ini adalah seakan Huawei menerusi Eyewear II. Terdapat pembesar suara dan mikrofon yang terbina di dalam untuk memainkan muzik atau mengangkat panggilan telefon.

Bagi kawalan audio, Razer Anzu tampil dengan kawalan sentuh pada tangkainya dan ia juga ditawarkan dalam dua rekaan iaitu berbentuk bulat dan segi empat tepat.

Kaca mata pintar ini juga dilengkapi dua lensa berbeza. Pertama adalah untuk kegunaan dalaman yang menapis sebanyak 35% cahaya biru. Sementara kegunaan luaran menapis 99% sinaran UV.

Antara ciri lain adalah kalis air IPX4, ketahanan bateri 5 jam dan latensi audio serendah 60ms dengan mod permainan.

Razer Anzu dijual pada harga US$200 (~RM815) serta lensa untuk gantian berharga US$30 (~RM122). Namun, mungkin harganya berbeza sekiranya ia rasmi di pasaran Malaysia.

Sumber: razer